7 Punca Atap Bocor yang Sering Berlaku dan Cara Mengatasinya

Atap bocor bukan berlaku secara kebetulan, ada sebab jelas kenapa ia boleh berlaku. Ketahui 7 punca paling biasa serta cara mengatasinya. Baca sekarang sebelum musim hujan tiba.
Not All Roofs Feel the Same
Share:

7 Punca Atap Bocor yang Sering Berlaku & Cara Mengatasinya

Setiap kali hujan lebat, anda mula rasa risau, bimbang. Mata tertumpu pada siling, telinga peka mendengar setiap bunyi. Bila hujan dah reda, baru la lega sedikit, tapi jauh di sudut hati, anda tahu yang masalah itu masih belum selesai.

Atap bocor memang menyusahkan. Tapi ia tidak berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab. Ada tujuh punca yang paling kerap mengakibatkan bocor pada bumbung di Malaysia, dengan memahaminya, anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat untuk mengatasinya.

Punca 1: Jubin Retak atau Gelincir

Ini punca yang paling mudah dilihat dari bawah. Jubin yang retak akibat impak atau umur, atau jubin yang telah gelincir dari kedudukan asalnya kerana fixing yang longgar, membuka laluan terus untuk air masuk.

Cara atasi: Gantikan jubin yang rosak dan periksa kondisi fixing di sekeliling. Satu jubin yang gelincir mungkin tanda ada beberapa fixing lain yang turut longgar di kawasan yang sama.

Punca 2: Sealant Rabung atau Hip yang Dah Kering dan Retak

Rabung dan hip adalah bahagian paling atas bumbung tempat dua cerun bertemu. Bahagian ini biasanya disealed dengan mortar atau sealant khas. Bila bahan tu mengering, mengecut, dan retak selepas bertahun-tahun terdedah kepada cuaca, air boleh menyelinap masuk dari celah yang terbentuk.

Cara atasi: Pemeriksaan rabung dan hip perlu dibuat setiap dua hingga tiga tahun. Sealant yang dah retak perlu ditanggal dan diganti dengan yang baru. Ini kerja yang nampak kecil tapi sangat berkesan dalam mencegah bocor.

Punca 3: Underlay yang Dah Rosak atau Terlalu Lama

Underlay ialah lapisan perlindungan yang dipasang di bawah jubin dan di atas batten. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai lapisan kalis air, tetapi juga membantu mengurangkan haba dan bunyi dari luar untuk keselesaan yang lebih baik di dalam rumah.

Ia menjadi barisan pertahanan kedua apabila mana mana jubin gagal berfungsi dengan baik. Namun, apabila underlay sudah terlalu lama, ia boleh menjadi kering, retak, dan tidak lagi efektif dalam menahan air, haba, serta bunyi.

Masalah underlay yang rosak selalunya tidak kelihatan dari luar. Kebiasaannya, pemilik rumah hanya sedar apabila air mula meresap ke siling. Audit bumbung secara profesional dapat membantu mengenal pasti keadaan underlay lebih awal sebelum masalah menjadi lebih serius.

Punca 4: Longkang Bumbung Tersumbat

Parit atap yang tersumbat oleh daun, ranting, atau tanah adalah punca bocor yang paling mudah dielakkan, tapi antara yang paling kerap diabaikan. Bila air di dalam longkang tidak mengalir dengan baik, ia akan bertakung dan mencari jalan lain, termasuk meresap ke bawah lapisan bumbung.

Cara atasi: Bersihkan parit atap sekurang-kurangnya dua kali setahun. Lebih kerap kalau ada pokok besar berhampiran rumah. Kerja ni boleh buat sendiri dengan alatan yang sesuai, tapi perlu berhati-hati semasa naik bumbung.

Punca 5: Sambungan Flashing yang Longgar atau Retak

Flashing adalah kepingan logam nipis yang dipasang di tempat bumbung bertemu dengan dinding, cerobong, atau struktur lain. Apabila flashing longgar, terangkat, atau berkarat, air dengan mudah menyelinap ke dalam celah tersebut.

Ini punca yang kerap terlepas pandang kerana ia tidak nampak jelas dari bawah. Perlu diperiksa dari atas semasa audit bumbung.

Punca 6: Pemasangan Asal yang Tidak Mengikut Spesifikasi

Kadangkala punca bocor bukan kerosakan baharu, ia adalah masalah yang wujud sejak dari pemasangan asal. Batten spacing yang tidak betul, jubin yang tidak interlocked dengan sempurna, atau underlay yang dipasang terbalik. Semua ini berpunca daripada kesilapan pemasangan yang kesannya muncul selepas beberapa tahun.

Ini sebab menggunakan pemasang bertauliah RoofPro MONIER penting. Mereka memasang mengikut spesifikasi sistem yang ditetapkan, bukan ikut cara masing-masing.

Punca 7: Umur Bahan yang Dah Melebihi Jangka Hayat

Setiap bahan atap ada jangka hayat. Logam biasa 10 hingga 15 tahun. Logam premium 30 hingga 45 tahun. Jubin konkrit MONIER lebih 50 tahun. Apabila bahan sudah melebihi jangka hayatnya, ia mula gagal secara meluas, bukan hanya di satu titik.

Bila bocor berlaku di banyak tempat dalam masa yang sama, dan atap sudah berusia, ini biasanya tanda sistem perlu diganti, bukan lagi dibaiki sedikit demi sedikit.

Langkah Pertama: Dapatkan Diagnosis Yang Tepat

Mengetahui tujuh punca ini adalah permulaan. Tapi mengenal pasti mana satu yang ada pada bumbung anda memerlukan penilaian profesional. Program BumbungCare MONIER menyediakan audit bumbung percuma yang akan kenal pasti punca sebenar masalah sebelum anda buat sebarang keputusan kerja atau perbelanjaan.

Hubungi 1800 88 0865 atau layari Website BMI Group.

Soalan Lazim

Apakah punca paling biasa atap bocor di Malaysia?

Punca paling biasa termasuk jubin retak atau gelincir, sealant rabung yang dah kering dan retak, underlay yang sudah rosak, parit tersumbat, dan sambungan flashing yang longgar. Di Malaysia, cuaca lembap dan hujan lebat mempercepatkan kerosakan pada semua komponen ini.

Bagaimana cara tahu punca sebenar atap bocor?

Tempat bocor yang nampak di siling tidak semestinya tepat di bawah punca masalah. Air boleh mengalir sepanjang struktur kayu sebelum menitis. Cara paling tepat adalah melalui audit bumbung profesional yang memeriksa sistem dari atas termasuk jubin, underlay, batten, dan flashing.

Boleh saya baiki sendiri atap yang bocor?

Untuk kes mudah seperti ganti jubin yang gelincir, ada orang yang buat sendiri. Tapi untuk punca yang melibatkan underlay, flashing, atau struktur, lebih selamat dan lebih berkesan menggunakan pemasang bertauliah. Baiki yang tidak tepat boleh memburukkan keadaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan underlay bumbung?

Underlay adalah lapisan kalis air yang dipasang di bawah jubin dan di atas batten. Ia berfungsi sebagai pertahanan kedua bila jubin gagal menghalang air. Bila underlay rosak atau terlalu lama, air yang berjaya melalui jubin tidak lagi dapat dibendung sebelum mencapai struktur kayu.

Bila masanya perlu ganti atap, bukan tampal sahaja?

Kalau bocor berlaku di banyak tempat serentak, atap sudah berusia, atau tampalan berulang tidak menyelesaikan masalah, kemungkinan besar sistem sudah perlu diganti. BumbungCare MONIER boleh buat penilaian percuma dan beri cadangan yang jujur tentang samada baiki atau ganti adalah pilihan yang lebih berbaloi.

Share:

More information