Our countries

Soalan pertama yang hampir semua orang tanya bila ada masalah bumbung: 'Lebih kurang berapa agaknya?'
Soalan tu munasabah. Anda nak tahu sama ada ini kerja kecil yang boleh buat cepat, atau sesuatu yang perlu rancang dengan lebih serius. Tapi jawapan yang betul bergantung pada jenis kerosakan, bukan sekadar simptom yang anda nampak.
Panduan ini susun kos baiki atap mengikut jenis kerosakan, daripada yang paling ringan hingga yang paling besar, supaya anda masuk ke perbualan dengan kontraktor dengan gambaran yang lebih jelas.
Ini adalah kerja paling mudah. Beberapa jubin retak atau gelincir akibat ribut atau impak. Tiada kerosakan struktur. Kawasan terlibat kecil.
Anggaran kos: RM 200 hingga RM 800 bergantung pada bilangan jubin, aksesibiliti bumbung, dan kos mobilisasi kontraktor. Kerja biasanya boleh siap dalam sehari.
Rabung dan hip adalah bahagian paling terdedah kepada cuaca di bumbung. Sealant yang dah kering dan retak perlu ditanggal dan diganti. Kalau ditinggalkan lama, air yang masuk melalui rabung boleh rosak bahagian yang lebih dalam.
Anggaran kos: RM 500 hingga RM 2,000 bergantung pada panjang rabung dan skop kerja yang diperlukan.
Bila underlay dah gagal di sebahagian kawasan bumbung, jubin perlu ditanggal, underlay baru dipasang, kemudian jubin dipasang semula. Ini kerja yang lebih besar dari sekadar tukar jubin.
Anggaran kos: RM 2,000 hingga RM 8,000 bergantung pada keluasan kawasan yang terlibat.
Flashing yang longgar atau berkarat di sambungan antara bumbung dan dinding perlu diganti untuk elakkan bocor berulang. Kerja ni memerlukan pengalaman untuk buat dengan betul.
Anggaran kos: RM 300 hingga RM 1,500 bergantung pada lokasi dan kerumitan.
Apabila kerosakan meliputi satu bahagian besar bumbung dan kerja tampal tidak lagi mencukupi, gantian sebahagian diperlukan. Ini termasuk jubin, underlay, dan kemungkinan batten.
Anggaran kos: RM 5,000 hingga RM 12,000 bergantung pada bahan dan keadaan struktur.
Apabila keseluruhan sistem bumbung perlu diganti, ini adalah kerja terbesar. Berdasarkan data MONIER Battlecard 2025, kos ganti atap penuh sistem jubin konkrit MONIER adalah:
Kos sebenar kerja bumbung tidak boleh disahkan tanpa seseorang naik ke bumbung anda dan periksa sendiri. Faktor seperti keadaan kuda-kuda, aksesibiliti, kehadiran komponen yang perlu diganti serentak, dan lokasi projek semua mempengaruhi harga akhir.
Angka di atas adalah panduan untuk bagi anda gambaran awal. Tapi jangan buat keputusan atau terima mana-mana sebut harga berdasarkan angka am ini sahaja.
Langkah pertama adalah audit bumbung profesional, bukan minta sebut harga terus. Bila anda tahu dengan tepat apa yang rosak dan apa yang masih elok, anda boleh minta sebut harga yang tepat untuk skop kerja yang tepat.
BumbungCare MONIER menyediakan audit bumbung percuma. Perunding terlatih akan naik ke bumbung anda, nilai keadaan sistem keseluruhan, dan beri laporan yang jelas sebelum anda commit pada mana-mana kerja atau perbelanjaan.
Hubungi 1800 88 0865 atau klik di sini untuk buat temujanji hari ini.
Berapa kos baiki atap bocor di Malaysia?
Kos bergantung pada punca dan skop kerosakan. Gantian jubin kecil boleh serendah RM 200 hingga RM 800. Kerja rabung lebih kurang RM 500 hingga RM 2,000. Ganti underlay sebahagian boleh mencecah RM 2,000 hingga RM 8,000. Untuk gantian atap penuh, bergantung pada bahan dan saiz rumah.
Berapa kos gantian jubin atap di Malaysia?
Kos gantian beberapa jubin adalah lebih kurang RM 200 hingga RM 800 bergantung pada bilangan jubin, jenis jubin, dan kos mobilisasi kontraktor. Ini adalah untuk kerja kecil tanpa kerosakan struktur atau underlay yang terlibat.
Apakah beza kos baiki dan kos ganti atap penuh?
Baiki melibatkan kerja terhad pada kawasan bermasalah sahaja, dengan kos yang lebih rendah. Ganti atap penuh melibatkan keseluruhan sistem termasuk jubin, underlay, batten, dan kadangkala struktur, dengan kos yang jauh lebih tinggi tapi memberi bumbung baharu yang tahan puluhan tahun.
Macam mana nak tahu sama ada perlu baiki atau ganti atap penuh?
Kalau bocor terhad pada satu atau dua titik dan bumbung masih dalam jangka hayatnya, baiki biasanya mencukupi. Kalau bocor berlaku di banyak tempat, bahan atap sudah melebihi jangka hayat, atau ada kerosakan struktur, ganti penuh lebih berbaloi. Audit bumbung BumbungCare MONIER akan beri jawapan yang tepat untuk situasi anda.
Boleh saya dapatkan anggaran kos baiki atap secara percuma?
Ya. Melalui program BumbungCare MONIER, anda boleh dapatkan audit bumbung percuma yang menilai keadaan keseluruhan bumbung anda dan menerangkan skop kerja yang diperlukan. Ini langkah pertama sebelum anda minta sebut harga daripada kontraktor. Hubungi 1800 88 0865 atau layari BMI Gruop.