Our countries

Antara semua kerja rumah, pilih kontraktor atap adalah salah satu yang paling berisiko kalau silap pilih. Kerja yang nampak siap elok boleh mula tunjukkan masalah selepas satu musim hujan. Dan waktu tu, kontraktor yang sama mungkin sudah tidak boleh dihubungi.
Artikel ini bukan tentang menakutkan Anda. Ia tentang bagi anda alat untuk buat pilihan yang betul dari awal.
Kontraktor atap biasa ada kemahiran memasang jubin atau atap logam berdasarkan pengalaman di lapangan. Ini tidak semestinya buruk, ada yang sangat mahir. Tapi tanpa pensijilan rasmi, tiada piawai pemasangan yang boleh dirujuk kalau ada pertikaian tentang kualiti kerja.
Kontraktor bertauliah RoofPro MONIER berbeza dalam beberapa aspek penting:
Anda tidak perlu cari sendiri. Program BumbungCare MONIER akan nilai bumbung anda terlebih dahulu, kemudian hubungkan anda dengan pemasang RoofPro bertauliah yang beroperasi di kawasan anda. Ini bermakna anda dapat kontraktor yang sudah disahkan kualiti dan pengalamannya, bukan pilih dari senarai nama yang tidak diketahui latar belakangnya.
Hubungi BumbungCare di 1800 88 0865 atau layari Website BMI Group. Audit bumbung dan cadangan kontraktor adalah percuma.
Apa itu kontraktor atap RoofPro MONIER?
RoofPro adalah program pensijilan pemasang rasmi MONIER. Kontraktor yang lulus program ini telah dilatih untuk memasang sistem bumbung MONIER mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan layak untuk mengeluarkan Jaminan Sistem Bumbung kepada pemilik rumah. Ini memberi pemilik rumah pegangan yang jelas jika ada masalah selepas kerja.
Berapa patutnya kos yang dikenakan oleh kontraktor atap?
Kos bergantung pada saiz atap, jenis bahan, dan skop kerja. Untuk rumah teres, kos sistem penuh jubin konkrit MONIER adalah sekitar RM 10,437. Yang paling penting, pastikan sebut harga yang anda terima adalah kos sistem lengkap, bukan harga bahan sahaja.
Apa yang perlu ada dalam kontrak atau sebut harga kontraktor atap?
Sebut harga yang baik perlu nyatakan: jenis dan jenama bahan, skop kerja yang terperinci, kos buruh, tempoh siap, bayaran berperingkat, dan jaminan kerja bertulis. Kalau mana-mana perkara ini tidak ada, minta penjelasan atau cari kontraktor lain.
Bagaimana nak tahu kontraktor atap yang saya hubungi itu bertauliah?
Tanya mereka terus sama ada mereka pemasang bertauliah RoofPro MONIER. Anda juga boleh hubungi BumbungCare MONIER di 1800 88 0865 untuk disenaraikan pemasang RoofPro yang beroperasi di kawasan anda.
Boleh saya dapat jaminan bertulis daripada kontraktor atap?
Ya, kalau anda menggunakan pemasang bertauliah RoofPro MONIER. Mereka layak untuk mengeluarkan Jaminan Sistem Bumbung MONIER kepada pemilik rumah selepas kerja pemasangan selesai mengikut spesifikasi sistem. Ini jaminan rasmi, bukan sekadar janji lisan.