Bumbung Berkualiti vs Bumbung Murah: Mana Lebih Menjimatkan?

Bumbung Berkualiti vs Bumbung Murah: Mana Lebih Menjimatkan?
BMI GCI Marseille Earthy Black
Share:

Bumbung Berkualiti vs Bumbung Murah: Mana Lebih Jimat?

Bumbung dengan kos awal yang lebih rendah masih boleh menjadi pilihan yang baik jika spesifikasinya lengkap, sesuai dengan reka bentuk rumah dan dipasang dengan betul. Namun, harga yang rendah juga mungkin disebabkan oleh komponen penting yang tidak dimasukkan, skop pemasangan yang kurang jelas atau perlindungan selepas pemasangan yang sangat terhad.

Sebaliknya, bumbung berkualiti tidak semestinya pilihan yang paling mahal. Bumbung berkualiti merujuk kepada sistem yang sesuai dengan reka bentuk rumah, mempunyai spesifikasi yang jelas, menggunakan komponen yang serasi dan dipasang oleh tenaga kerja yang memahami keperluan sistem tersebut.

Jadi, apabila membandingkan bumbung berkualiti vs bumbung murah, pilihan yang lebih menjimatkan ialah sistem yang memberikan nilai terbaik sepanjang tempoh penggunaannya, bukan sekadar harga paling rendah dalam kuotasi.

Apakah Perbezaan Antara Bumbung Berkualiti dan Bumbung Murah?

Perbezaan sebenar bukan terletak pada harga bahan utama sahaja. Ia turut bergantung pada apa yang termasuk dalam sistem, cara bumbung dipasang dan pihak yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah.

Perkara yang dibandingkan

Kuotasi berasaskan harga terendah

Sistem bumbung berkualiti

Skop kerja

Mungkin hanya menyatakan bahan utama dan upah

Menjelaskan bahan, underlay, battens, komponen, pemasangan dan kerja kemasan

Spesifikasi produk

Nama atau jenis bahan mungkin tidak dinyatakan dengan jelas

Produk, profil, warna dan keperluan teknikal dikenal pasti

Komponen tersembunyi

Mungkin diketepikan atau hanya dinyatakan secara umum

Underlay, battens, fixings dan junction details diperincikan

Kaedah pemasangan

Banyak keputusan diserahkan kepada pemasang di tapak

Mengikut keperluan profil dan sistem yang dipilih

Pemasang

Pengalaman dan latihan mungkin sukar disahkan

Kompetensi, pendaftaran dan latihan berkaitan boleh diperiksa

Jaminan

Mungkin sekadar janji lisan atau jaminan pertukangan asas

Syarat, tempoh, skop dan pengecualian dinyatakan secara bertulis

Kos jangka panjang

Sukar dianggarkan kerana skop tidak lengkap

Lebih mudah dinilai kerana sistem dan tanggungjawab dinyatakan dengan jelas

Sebut harga yang lebih rendah tidak semestinya bermasalah. Namun, dua sebut hargahanya boleh dibandingkan dengan adil apabila kedua-duanya merangkumi skop kerja yang sama.

Kos Rendah Tidak Semestinya Memberikan Nilai yang Baik

Harga yang rendah boleh berlaku atas beberapa sebab. Kontraktor mungkin mempunyai operasi yang lebih cekap, reka bentuk bumbung mungkin lebih ringkas atau skop kerja sememangnya lebih kecil.

Namun, harga rendah juga mungkin disebabkan oleh perkara yang tidak diterangkan dengan jelas dalam sebut harga. Contohnya, underlay tidak termasuk, battens lama akan digunakan semula tanpa pemeriksaan, kaedah pemasangan ridge dan hip (perabung) tidak diperincikan atau kos pelupusan hanya akan dikenakan kemudian.

Oleh itu, jangan terus menolak kuotasi murah atau menganggap kuotasi mahal sentiasa lebih baik. Minta setiap kontraktor menjelaskan:

  • Perkara yang termasuk dalam harga
  • Perkara yang tidak termasuk
  • Komponen yang akan digunakan
  • Keadaan yang boleh menyebabkan kos bertambah
  • Cara kos tambahan akan dinilai dan diluluskan

Apa yang Menjadikan Sesebuah Bumbung Berkualiti?

1. Produk yang Sesuai dengan Reka Bentuk Rumah

Bahan bumbung perlu sesuai dengan roof pitch, struktur, bentuk bumbung dan keadaan tapak.

Jubin yang direka untuk sudut minimum tertentu tidak sepatutnya dipasang pada bumbung yang lebih curam/kurang curam daripada had tersebut. Profil yang dipilih juga perlu mempunyai ridge, hip, verge dan komponen lain yang sesuai dengan geometri bumbung.

Kualiti bermula dengan kesesuaian teknikal, bukan sekadar rupa atau harga.

2. Produk dengan Spesifikasi dan Kaedah Ujian yang Jelas

Bagi jubin bumbung konkrit di Malaysia, siri MS 2596 menyediakan rujukan bagi spesifikasi produk, kaedah ujian dan pemasangan.

MS 2596-1:2014 merangkumi keperluan bagi jubin bumbung konkrit dan fittings. MS 2596-2:2014 pula menetapkan kaedah ujian untuk produk yang mematuhi bahagian spesifikasi tersebut.

Pemilik rumah tidak perlu memahami setiap ujian makmal secara terperinci. Namun, dokumentasi produk masih boleh diminta bagi memastikan bahan yang dicadangkan mempunyai rujukan teknikal yang boleh disahkan.

3. Sistem Lengkap, Bukan Jubin Sahaja

Jubin merupakan lapisan utama yang membantu mengalirkan air hujan. Namun, prestasi keseluruhan bumbung turut bergantung pada lapisan dan junction di bawah serta di sekelilingnya.

Sistem yang lengkap perlu menyelaraskan jubin, underlay, battens, fixings, ridge, hip, verge, wall abutment dan roof penetrations.

Penggunaan produk yang tidak serasi atau penggantian komponen sistem dengan penyelesaian sementara boleh meningkatkan risiko masalah pada masa hadapan.

4. Pemasangan yang Mengikut Spesifikasi

Produk berkualiti masih boleh mengalami masalah jika dipasang dengan jarak batten yang tidak tepat, lapisan penebat haba yang rosak, tindihan jubin yang tidak mencukupi atau sambungan bumbung yang tidak dibuat mengikut kaedah yang betul.

Sebab itu, kualiti pemasangan perlu dinilai bersama-sama dengan kualiti produk. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Susun atur dan kedudukan jubin
  • Kedudukan dan jarak antara batten
  • Pemasangan lapisan penebat haba
  • Kaedah pemasangan dan pengikatan jubin
  • Kemasan pada rabung, hip dan valley
  • Sambungan antara bumbung dengan dinding

5. Jaminan yang Jelas

Tempoh jaminan sahaja tidak mencukupi. Pemilik rumah perlu memahami prestasi yang dilindungi, komponen yang perlu digunakan, pihak yang perlu memasang sistem dan perkara yang dikecualikan daripada perlindungan.

MONIER Roof System Guarantee menyediakan perlindungan rain-tightness sehingga 10 tahun untuk sistem bumbung MONIER yang layak.

Tempoh perlindungan ditawarkan selama 3, 5, atau sehingga 10 tahun, bergantung pada pakej sistem dan keperluan pemasangan. Perlindungan maksimum 10 tahun ini khusus untuk sistem lengkap yang dipasang oleh pakar bertauliah BMI RoofPro Specialist. 

Jangan Anggap Jangka Hayat Sebagai Angka Mutlak

Ada pemilik rumah yang membandingkan pilihan berdasarkan dakwaan bahawa sesuatu sistem boleh bertahan untuk tempoh tertentu. Angka seperti ini perlu dinilai dengan berhati-hati.

Tempoh sebenar penggunaan sesebuah bumbung bergantung pada beberapa faktor, termasuk:

  • Jenis dan kualiti produk
  • Keadaan struktur
  • Kaedah pemasangan
  • Pendedahan kepada cuaca
  • Penyelenggaraan
  • Perubahan yang dibuat selepas pemasangan

Daripada hanya bergantung pada satu angka umum, minta pembekal menerangkan data produk, pengalaman penggunaan, keperluan penyelenggaraan dan jaminan bertulis bagi sistem yang dicadangkan.

Bagaimana Sistem MONIER Membantu Mengurangkan Ketidakpastian

BMI Malaysia menyediakan sistem bumbung curam MONIER yang menggabungkan jubin konkrit atau jubin tanah liat dengan lapisan penebat haba, komponen pemasangan kering dan penyelesaian untuk sambungan bumbung. 

Pendekatan berasaskan sistem membantu pemilik rumah menilai lebih daripada jubin utama sahaja. Ia memberikan spesifikasi yang lebih jelas tentang cara setiap komponen perlu dipasang bersama serta syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan sistem menerima Roof System Guarantee (RSG).

BMI RoofPro pula ialah program latihan dan pensijilan pemasang bagi sistem MONIER. Untuk sistem yang layak, penggunaan RoofPro Specialist merupakan sebahagian daripada laluan untuk mendapatkan perlindungan rain-tightness sehingga 10 tahun.

Ringkasan Utama

Dalam perbandingan bumbung berkualiti vs bumbung murah, harga paling rendah tidak semestinya pilihan yang paling menjimatkan. Pada masa yang sama, harga paling tinggi juga tidak secara automatik membuktikan bahawa sesuatu sistem lebih baik.

Nilai sebenar datang daripada:

  • Produk yang sesuai dengan reka bentuk rumah
  • Skop kerja yang lengkap
  • Komponen yang serasi
  • Pemasangan yang betul
  • Tanggungjawab yang jelas
  • Jaminan bertulis

Sebelum menerima kuotasi, pastikan semua perkara yang termasuk dan tidak termasuk dinyatakan dengan jelas. Kenal pasti juga komponen yang berpotensi menambah kos selepas kerja bermula.

Bandingkan keseluruhan sistem dan perlindungan selepas pemasangan, bukan sekadar harga jubin atau kadar per kaki persegi.

Buat Keputusan Bumbung dengan Lebih Yakin Bersama BMI Malaysia

BMI Malaysia membantu pemilik rumah merancang sistem pitched roof MONIER untuk rumah baharu, kerja renovasi dan re-roofing.

Melalui BumbungCare, pemilik rumah boleh mendapatkan nasihat awal tentang keadaan bumbung, keperluan pembaikan dan pilihan sistem yang sesuai sebelum menerima sesuatu skop kerja. Langkah ini memudahkan pemahaman tentang kerja yang benar-benar diperlukan dan membantu mengelakkan perbandingan antara sebut hargayang tidak setara.

Pemilik rumah juga boleh melawat BMI Experience Centre di Bukit Kemuning untuk melihat sendiri bagaimana jubin, underlay dan komponen lain berfungsi sebagai satu sistem.

Di sini, pilihan produk boleh dibandingkan secara fizikal dan penerangan lanjut boleh diperoleh daripada roofing specialists sebelum keputusan dibuat.

Soalan Lazim

Adakah Bumbung yang Lebih Mahal Semestinya Lebih Berkualiti?

Tidak semestinya.

Harga yang lebih tinggi mungkin merangkumi sistem dan perkhidmatan yang lebih lengkap. Namun, ia masih perlu disokong oleh spesifikasi, skop pemasangan dan jaminan bertulis yang jelas.

Bandingkan kandungan setiap kuotasi, bukan jumlah akhirnya sahaja.

Berapa Banyak Kuotasi yang Perlu Diperoleh?

Mendapatkan beberapa kuotasi boleh membantu, tetapi jumlah kuotasi bukan perkara yang paling penting.

Pastikan semua kontraktor menilai roof area, struktur, underlay, battens, junctions dan skop pembuangan yang sama. Tiga kuotasi dengan skop yang berbeza masih sukar dibandingkan secara adil.

Apakah Kos yang Sering Tidak Dimasukkan dalam Kuotasi Murah?

Antara kos yang mungkin tidak dimasukkan ialah:

  • Scaffolding
  • Pelupusan bumbung lama
  • Penggantian underlay dan battens
  • Pembaikan struktur
  • Junction details
  • Gutter work
  • Perlindungan sementara ketika hujan

Pastikan kontraktor menyatakan item pengecualian (exclusions) dan peruntukan sementara (provisional sums) dengan jelas dalam sebut harga 

Perlukah Underlay Diganti Semasa Re-Roofing?

Keadaan underlay perlu diperiksa selepas bumbung lama dibuka.

Underlay yang koyak, tidak lengkap, sudah merosot atau tidak serasi dengan sistem baharu perlu diganti.

Bagi MONIER Roof System Guarantee, pembinaan tanpa underlay di bawah roof tile battens termasuk dalam pengecualian yang diterbitkan.

Apakah Perbezaan Antara Jaminan Pengeluar dan Jaminan Pemasang?

Jaminan pemasang biasanya berkaitan dengan mutu pertukangan dalam skop kerja kontraktor.

Jaminan pengeluar atau system guarantee pula melindungi produk atau prestasi sistem yang ditetapkan, tertakluk pada syarat tertentu.

Minta kedua-dua jenis jaminan diterangkan secara berasingan dan diberikan secara bertulis.

Bagaimanakah Cara Menyemak Kontraktor?

Semak identiti syarikat, pendaftaran yang berkaitan, pengalaman projek dan dokumen jaminan pertukangan yang ditawarkan.

CIDB menyediakan kemudahan carian kontraktor. BMI Malaysia pula menyediakan rangkaian RoofPro bagi pemasang sistem MONIER yang telah mengikuti latihan berkaitan.

Apakah MONIER Roof System Guarantee?

MONIER Roof System Guarantee memberikan perlindungan rain-tightness untuk sistem MONIER yang layak bagi tempoh 3, 5 atau sehingga 10 tahun.

Tempoh dan kelayakan bergantung pada tiles, underlay, system components dan laluan pemasangan. Perlindungan paling panjang disediakan untuk qualifying complete systems yang dipasang oleh certified BMI RoofPro Specialists.

Share:

More information